Berita baik kepada para pensyarah UiTM Malaysia (Kampus Shah Alam) !
Unit Perkhidmatan Web & Hosting (UPWH) telah membuka permohonan
bagi mendapatkan nama domain dan tapak hosting bermula dari 25 Ogos
2008. Para pensyarah yang berminat boleh mendapatkan borang di sini
atau datang sendiri ke pejabat UPWH, PSMB di Aras 5 Menara SAAS, UiTM
Malaysia .Sebelum memuat turun dan mengisi borang permohonan, pemohon dinasihatkan membaca serta mempersetujui Garis Panduan Tapak Hosting dan Membangun Laman Web serta Terma dan Syarat. Pemohon yang mengisi borang permohonan serta menandatanganinya dianggap bersetuju dan tertakluk kepada garis panduan dan peraturan yang telah dibaca.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pemohon:
- Permohonan ini terbuka kepada kakitangan akademik UiTM
Kampus Shah Alam sahaja atau membawa maksud kepada individu sahaja.
Sebarang permohonan melibatkan organisasi, jabatan atau jawatankuasa
seminar hendaklah memohon penyediaan laman web dengan menghantar emel
atau surat rasmi kepada Jabatan Komunikasi Korporat dengan mengikut prosidur
yang sedia ada.
- Permohonan perlu disertakan dengan emel rasmi UiTM , iaitu @salam.uitm.edu.my.
Borang yang telah siap diisi hendaklah difakskan ke 03 5544 2197.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn Noor Aini di talian 03 5544 2605.
|
|
Permohonan Nama Domain ,talian VPN & nod rangkaian |
|
Sila Ambil Perhatian...
Untuk makluman, Unit Rangkaian PSMB telah membuka permohonan kepada semua staf warga UiTM bagi mendapatkan domain server, talian VPN dan nod (baru atau penambahan). Semua permohonan tersebut hendaklah mengisi borang secara online. Borang tersebut memerlukan kata nama dan kata laluan yang sama seperti webmail uitm. Sila klik di sini untuk mengisi borang permohonan .
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Adalah dimaklumkan kepada pengguna Lotus Notes Client, walaupun emel server mengalami masalah teknikal, pengguna masih boleh mengakses emel kerana terdapat clustered mail server (replika database email pada server lain). Untuk maklumat lanjut, sila klik disini .
|
|
Baca lagi...
|
|
|
UiTM Shah Alam Wireless Network |
|
Sila Ambil Perhatian...
Pusat Sistem Maklumat Bersepadu dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Fasiliti telah mengambil langkah inisiatif dengan menyediakan kemudahan rangkaian wireless kepada staf dan pelajar UiTM.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk permohonan .
|
|
|
SILA AMBIL PERHATIAN
Pusat Sistem Maklumat Bersepadu sedang menjalankan satu kajian tentang kepentingan dan kepeluan perkhidmatan Web Hosting untuk staf UiTM. Makluma balas daripada anda sebagai pengguna amat berguna kepada kami untuk kami membuat perancangan dan strategi perlaksanaan perkhidmatan web hosting yang terbaik untuk anda semua. Sila klik di sini untuk mengisi borang soal selidik secara on-line.
Kerjasama daripada anda kami ucapkan ribuan terima kasih.
|
|
|
Unit perkhidmatan Web Dan Hosting telah berjaya mencipta satu lagi template baru. Template baru yang di reka ini adalah untuk memenuhi ciri-ciri dan standard piawai yang di keluarkan oleh MDEC, dan juga mengikuti spesifikasi dan panduan yang di berikan oleh pihak MAMPU. Template ini masih lagi dalam peringkat percubaan dan pengujian, dan untuk sementara waktu hanya PSMB sahaja yang boleh menggunakannya. |
|
|
|